Friday 13 July 2012

Dalam dua minggu ni susahnya nak menyusun masa bersama buah hatiku yg seorang ni...hujung minggu je ada shaja kerja. dpt jumpapun sekejapan...lepas tu dia sudah lelap mata untuk tiduq kerana siang hari sibuk ngan sekolah.      
semalam...aku sampai sahaja rumah, dia sudah mengadu kakinya sakit. Bila ditanya mengapa, dia mengaku jatuh kat sekolah." sapa yg buat." terus dia jawap...i jatuh umi.
kerenahnya yg semakin bijak itu la membuatkan umi selalu jadi rindu.umi selalu doa anak umi jadi yg terbaik dunia akhirat. amin

Thursday 12 July 2012

Assalam: apa khabar semua....pasti semuanya sihat-sihatkan. petang2 macam ni seronoknya kalau dpt kopi o dan juga goreng pisang. tapi ptg ni bantai nasi paprik···bila nak diet lagi ni·dulu ya
dalam waktu yg sama kat dapur tu dah terbau pisang goreng leganya···tunggu kitz makan

Tuesday 10 July 2012

Lama dah kita tidak bertemu di ruang ini kan? rindu tetapi tugasan di pejabar kekadang membuatkan saya lupa untuk berkongsi catatan. beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut ramadan. Macam mana dengan teman-teman semua? sudah bersedia? dah habis ganti puasa yang pernah tinggal puasa dulu...

Malas nak tanya pasal baju raya kerana belum berpuasa lagi. Dan kepada mereka yang ingin megnhadiahkan sesuatu untuk org teristimewa ataupun sesiapa sahaja sempena hari raya jom kita tengok hamper untuk ramadan ni...jika ada sebarang pertanyaan hubungi nombur ini: 0133301240

Tuesday 3 July 2012

Satu lagi koleksi gelang tangan. gold n silver sesuai kemana sahja.harganya RM 39 dan penghantaran percuma


TINGGAL GOLD N SILVER

 ada 
gelang tangan yg eksklusif dari KOREA dgn harga RM 49 termasuk wang pos
tawaran istimewa utk peminat erra fazira.eksklusif t.shirt darinya dgn harga RM40 dan penghantaran RM 5


Tuesday 15 May 2012


TENTANG SEINDAH SAKURA

Seindah Sakura sudah masuk minggu ke 2. Pelbagai andaian yang saya baca di tweeter dan juga mulut kawan-kawan. Ada yang dulu tidak suka membaca novel melayu tetapi kini nampaknya ada yg menhubungi saya untuk mendapatkan senaskah novel itu.
Saya akui, saya sendiri sebelum membaca novel ini  menganggap ia sebuah novel tentang gadis dari Jepun. Puas saya memujuk penulis novel ini untuk bercerita kerana saya malas membaca. Tetapi atas paksaan penulis saya membacanya dan kini saya ingin berkongsi dengan anda pula untuk membelinya satu dan membacanya.
Bila novel ini diadaptasi menjadi sebuah drama, sudah pasti ia lebih membuatkan kita dekat kepada cerita ini. Di tambahkan lagi dengan gandingan pelakon-pelakon hebat.
Tetapi bagi mereka yang sekadar menonton dramanya dan tidak memiliki novelnya juga satu kerugian. Bukan saya sahaja mengatakan begitu tetapi ramai dari kenalan saya mengatakan begitu juga:

BENJY: saya dah baca novel ini sebulan ianya dipasaran. Saya tidak mengenali penulisnya namun hasil tulisannya agak berbeza dengan novel lain yang pernah saya baca. Banyak masej yang saya dpat dari novel ini. Saya juga mengikuti setiap episod SEINDAH SAKURA di kaca tv dan saya rasa kedua-duanya digarap cara yang berbeza namun ia tidak lari dari cerita asal. Saya pernah menghadiahkan kepada seseorang bila dia hampir kecewa dalam hidupnya dan kini Alhamdullilah dia menjadikan watak utama dalam novel itu sebagai idolanya.

LIA: Ringkas sahaja saya nak tulis: NOVEL YANG SANGAT MEMBERI PENGAJARAN KEPADA SAYA TENTANG KASIH SAYANG.

Shakira terumbang-ambing lantaran kemiskinan hidup dan kehilangan tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam. Shakira murid dan Airil guru. Bolehkah cinta bertakhta di antara mereka?
Sukar bagi gadis itu untuk bahagia lantaran ada hati yang dengki dan merancang bencana demi bencana. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil terhalang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira yang terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga memporak-perandakan hidup gadis itu.
Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang. Perkahwinannya dengan Datuk Walid telah dirancang rapi. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagaikan kaca berderai ke bumi.
            Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Tapi dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya.
          
            Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar... 


apa  lagi dapatkan satu secara terus ke tangan anda...siap tanda tangan penulis. Dengan harga RM19.90 dan wang pos RM8.00          

Monday 23 April 2012

assalam semua. lamanya kita tidak berbicarakan. rindu juga tapi terlalu sibuk dgn tugasan pejabat dan rumah.
semalam hari jadi kawanku si KAY yang byk mekapkan vvip brunei dan juga selebriti popular kita mcam ERRA. SI budak TANTIK pula memang suka kalau org sambut b'day dan buat suprise. sebiji red valvet ku buat sejak awal lagi. awal2 si Tantik dan siap sedia dgn pisau dan riben. selagi si Kay tak turun selagi itulah dia tak mahu tidur.
Biarpun jarang bertemunya, tetapi umi dpt rasakan ada sahaja kerenahnya setiap kali setiap setiap kali bertemu. Dia memang payah' pupuh' dan secara perlahan2selalu umi  mintak dia suruh minum dia banyak minum air putih. Memang payah tetapi dia cpt mendengar. nanti lepas ini umi nak tengok kerenahnya lg. umi selalu doakan yg terbaik utk anak umi

Sunday 11 March 2012

JOM RAMAI-RAMAI JOIN LYNN DEMO KEK CAWAN

jom sama-sama kita join....

SYUKUR...TQ ALLAH

SEMINGGU KITA TAK BERSAMA YA...BUKANNYA APA...KITA PERGI MERIHATKAN DIRI SEKETIKA. tAPI BILA BALIK PENAT JUGA...PENAT BERJALAN. HA HA HA...KITA YANG CARI MASALAH SENDIRI DAN JAWAP LA SENDIRI.

UNTUK SEMUA KAWAN2, KAWAN KITA LYNN HASSAN AKAN MEMBUAT KELAS DEMO CUP CAKES PADA 7 APRIL NI. JOM KITA RAMAI2 JOIN NAK? MURAH JE...SESI 1 PUN RM150 DAN SESI 2 PETANGPUNRM150 GAK... DALAM TENGOK2 TU...ANDA SEMUA BOLEH TANYA APA SAHAJA DEKAT PAKAR KEK NI.. KALAU BERMINAT JOM LA TELEFON MARIA..0133301240:



HARI INI, KITA MACAM NAK TUNJUKAN KEK PELANGI KITA YANG KITA BUAT PERTAMA KALINYA. WARNANYA TAK LA SAMPAI 7 TAPI EMPAT AJE...OK LA TU KAN. JOM KOMEN.

Thursday 1 March 2012

ALHAMDULLILAH...

Assalam dan selamat pagi semua...Rasa nyaman pagi-pagi ni. Biarpun tidurku semalm sering tenganggu tetapi aku percaya semuanya mainan tidur tetapi bukan kerana terlebih ngopi. Ku berdoa semoga, hari ini aku lebih baik dari semalam dan Tuhan memberikan aku kekuatan dalam apa sahaja rintangan yang datang.
Ada kawan-kawan yang telah menjenguk ke blogku...Tq aku ucapkan. Masih baru dan kerana itulah masih tidak lengkap dan ada sahaja salah dan silapnya. Mungkin juga tidak secantik blog org lain lagi.
Untuk teman-teman yang menyambut hari ulang tahun dalam bebeberapa hari ini, kuucapkan SELAMAT HARI JADI. Jangan takut...semuanya itu sekadar peningkatan nombur sahaja. Kita sama2 berdoa untuk jadi yang terbaik dari tahun sebelumnya. Untuk anak umi...lagi 27 hari sahaja anak umi akan berusia tiga tahun. Umi doakan anak umi akan jadi manusia yg berguna dan baik dunia akhirat. Serta sihat tubuh badan. U selalu berada dalam hati umi.

Wednesday 29 February 2012

LEGA....

Beberapa hari tidak memeluknya...tidak menciumnya tidak menyakatnya, memang hati ini rasa tidak keharuan. Rasa nak demam, rasa sakit kepala dan macam2 bermain di kepala ni. Bila dapat menciumnya kembali dan mengomolnya semua masalah dalam otak kepala ini hilang entang ke mana.
TQ anak Umi...U selalu buat umi menangis, rindu, dendam, gelak tersenyum dan macam-macam lagi buat org lain cemburu dan marah. Tapi Umi tak peduli...U selalu dalam hati dan otak kepala Umi.
Bila pertama kali, perkataan `Umi' keluar dari mulutnya sudah pasti Umi menitiskan air mata kita-kira dua tahun lalu. Tapi kini, bila umi mengadu sakit, dia akan mengurut kepala umi...Aduh! luruh jantung ni. Sebulan sahaja lagi, anak umi 3 TAHUN. Sekejapnya masa berlalu.
I love U SAYANG.

Monday 27 February 2012

SELASA YANG TENANG

Selamat hari selasa semua. pasti semua sudah berada dipejabat bagi yang bekerja dan yg tidak bertugas di pejabat sudah pasti sibuk dengan urusan sendiri di rumah. Setakat ini, saya belum terlalu sibuk dengan urusan sendiri dan kerana itulah sempat lagi menaip di ruangan ini.
Apa kata, tengahari ini kita kongsi2 resipi nak? kita kenang kembali waktu kita main pondok2 dulu. Biarpun kita tidak satu pondok sekurang2nya resipi ptg ini kita akan kongsikan bersama keluarga kita sendiri. Saya nak kasi resipi kegemaran keluarga saya:

Ikan Rebus Cili Muda

Bahan-bahan:
Cili Muda (cili hijau)
bawang kecil
ikan rebus
santan kelapa
serbuk kunyit
garam

Cara memasak:

1. Potong cili hijau tak putus.
2. Potong bawang kecil ataupun bawang merah dan masukkan sekali dalam periuk bersama santan dan cili hilau. Bubuh sedikit serbuk kunyit.
3kacau atas api sederhana jgn biar ia pecah minyak. Tambahkan garam secukup rasa
4. Masukan ikan rebus dan kacau rata hingga masak. Hidangkan dengan nasi panas

Sunday 26 February 2012

SALAM PERKENALAN

Alhamdullilah..akhirnya muncul juga saya diruang ini bersama anda semua. Biarpun tidak sepenuhnya beroperasi mungkin pada hari Isnin yang indah ini sebagai hari permulaan pertemuan kita. Saya sebenarnya, orang baru yang baru ingin memulakan langkah berjinak-jinak dengan online.
Semoga kita semua akan dapat bekerjasama dengan lebih jauh dan panjang lagi. Tak singgah membeli tak apa...tetapi yang penting saya menambahkan seorang teman di ruangan ini. Kita boleh bercerita, berkongsi masalah dan apa sahaja..InsyaAllah jika saya ada masa pasti kita boleh bersama . Cukuplah untuk hari ini...ok.