Monday 27 February 2012

SELASA YANG TENANG

Selamat hari selasa semua. pasti semua sudah berada dipejabat bagi yang bekerja dan yg tidak bertugas di pejabat sudah pasti sibuk dengan urusan sendiri di rumah. Setakat ini, saya belum terlalu sibuk dengan urusan sendiri dan kerana itulah sempat lagi menaip di ruangan ini.
Apa kata, tengahari ini kita kongsi2 resipi nak? kita kenang kembali waktu kita main pondok2 dulu. Biarpun kita tidak satu pondok sekurang2nya resipi ptg ini kita akan kongsikan bersama keluarga kita sendiri. Saya nak kasi resipi kegemaran keluarga saya:

Ikan Rebus Cili Muda

Bahan-bahan:
Cili Muda (cili hijau)
bawang kecil
ikan rebus
santan kelapa
serbuk kunyit
garam

Cara memasak:

1. Potong cili hijau tak putus.
2. Potong bawang kecil ataupun bawang merah dan masukkan sekali dalam periuk bersama santan dan cili hilau. Bubuh sedikit serbuk kunyit.
3kacau atas api sederhana jgn biar ia pecah minyak. Tambahkan garam secukup rasa
4. Masukan ikan rebus dan kacau rata hingga masak. Hidangkan dengan nasi panas

No comments:

Post a Comment