Tuesday 15 May 2012


TENTANG SEINDAH SAKURA

Seindah Sakura sudah masuk minggu ke 2. Pelbagai andaian yang saya baca di tweeter dan juga mulut kawan-kawan. Ada yang dulu tidak suka membaca novel melayu tetapi kini nampaknya ada yg menhubungi saya untuk mendapatkan senaskah novel itu.
Saya akui, saya sendiri sebelum membaca novel ini  menganggap ia sebuah novel tentang gadis dari Jepun. Puas saya memujuk penulis novel ini untuk bercerita kerana saya malas membaca. Tetapi atas paksaan penulis saya membacanya dan kini saya ingin berkongsi dengan anda pula untuk membelinya satu dan membacanya.
Bila novel ini diadaptasi menjadi sebuah drama, sudah pasti ia lebih membuatkan kita dekat kepada cerita ini. Di tambahkan lagi dengan gandingan pelakon-pelakon hebat.
Tetapi bagi mereka yang sekadar menonton dramanya dan tidak memiliki novelnya juga satu kerugian. Bukan saya sahaja mengatakan begitu tetapi ramai dari kenalan saya mengatakan begitu juga:

BENJY: saya dah baca novel ini sebulan ianya dipasaran. Saya tidak mengenali penulisnya namun hasil tulisannya agak berbeza dengan novel lain yang pernah saya baca. Banyak masej yang saya dpat dari novel ini. Saya juga mengikuti setiap episod SEINDAH SAKURA di kaca tv dan saya rasa kedua-duanya digarap cara yang berbeza namun ia tidak lari dari cerita asal. Saya pernah menghadiahkan kepada seseorang bila dia hampir kecewa dalam hidupnya dan kini Alhamdullilah dia menjadikan watak utama dalam novel itu sebagai idolanya.

LIA: Ringkas sahaja saya nak tulis: NOVEL YANG SANGAT MEMBERI PENGAJARAN KEPADA SAYA TENTANG KASIH SAYANG.

Shakira terumbang-ambing lantaran kemiskinan hidup dan kehilangan tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam. Shakira murid dan Airil guru. Bolehkah cinta bertakhta di antara mereka?
Sukar bagi gadis itu untuk bahagia lantaran ada hati yang dengki dan merancang bencana demi bencana. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil terhalang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira yang terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga memporak-perandakan hidup gadis itu.
Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang. Perkahwinannya dengan Datuk Walid telah dirancang rapi. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagaikan kaca berderai ke bumi.
            Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Tapi dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya.
          
            Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar... 


apa  lagi dapatkan satu secara terus ke tangan anda...siap tanda tangan penulis. Dengan harga RM19.90 dan wang pos RM8.00