Tuesday, 3 July 2012

tawaran istimewa utk peminat erra fazira.eksklusif t.shirt darinya dgn harga RM40 dan penghantaran RM 5


Tuesday, 15 May 2012


TENTANG SEINDAH SAKURA

Seindah Sakura sudah masuk minggu ke 2. Pelbagai andaian yang saya baca di tweeter dan juga mulut kawan-kawan. Ada yang dulu tidak suka membaca novel melayu tetapi kini nampaknya ada yg menhubungi saya untuk mendapatkan senaskah novel itu.
Saya akui, saya sendiri sebelum membaca novel ini  menganggap ia sebuah novel tentang gadis dari Jepun. Puas saya memujuk penulis novel ini untuk bercerita kerana saya malas membaca. Tetapi atas paksaan penulis saya membacanya dan kini saya ingin berkongsi dengan anda pula untuk membelinya satu dan membacanya.
Bila novel ini diadaptasi menjadi sebuah drama, sudah pasti ia lebih membuatkan kita dekat kepada cerita ini. Di tambahkan lagi dengan gandingan pelakon-pelakon hebat.
Tetapi bagi mereka yang sekadar menonton dramanya dan tidak memiliki novelnya juga satu kerugian. Bukan saya sahaja mengatakan begitu tetapi ramai dari kenalan saya mengatakan begitu juga:

BENJY: saya dah baca novel ini sebulan ianya dipasaran. Saya tidak mengenali penulisnya namun hasil tulisannya agak berbeza dengan novel lain yang pernah saya baca. Banyak masej yang saya dpat dari novel ini. Saya juga mengikuti setiap episod SEINDAH SAKURA di kaca tv dan saya rasa kedua-duanya digarap cara yang berbeza namun ia tidak lari dari cerita asal. Saya pernah menghadiahkan kepada seseorang bila dia hampir kecewa dalam hidupnya dan kini Alhamdullilah dia menjadikan watak utama dalam novel itu sebagai idolanya.

LIA: Ringkas sahaja saya nak tulis: NOVEL YANG SANGAT MEMBERI PENGAJARAN KEPADA SAYA TENTANG KASIH SAYANG.

Shakira terumbang-ambing lantaran kemiskinan hidup dan kehilangan tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam. Shakira murid dan Airil guru. Bolehkah cinta bertakhta di antara mereka?
Sukar bagi gadis itu untuk bahagia lantaran ada hati yang dengki dan merancang bencana demi bencana. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil terhalang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira yang terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga memporak-perandakan hidup gadis itu.
Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang. Perkahwinannya dengan Datuk Walid telah dirancang rapi. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagaikan kaca berderai ke bumi.
            Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Tapi dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya.
          
            Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar... 


apa  lagi dapatkan satu secara terus ke tangan anda...siap tanda tangan penulis. Dengan harga RM19.90 dan wang pos RM8.00          

Monday, 23 April 2012

assalam semua. lamanya kita tidak berbicarakan. rindu juga tapi terlalu sibuk dgn tugasan pejabat dan rumah.
semalam hari jadi kawanku si KAY yang byk mekapkan vvip brunei dan juga selebriti popular kita mcam ERRA. SI budak TANTIK pula memang suka kalau org sambut b'day dan buat suprise. sebiji red valvet ku buat sejak awal lagi. awal2 si Tantik dan siap sedia dgn pisau dan riben. selagi si Kay tak turun selagi itulah dia tak mahu tidur.
Biarpun jarang bertemunya, tetapi umi dpt rasakan ada sahaja kerenahnya setiap kali setiap setiap kali bertemu. Dia memang payah' pupuh' dan secara perlahan2selalu umi  mintak dia suruh minum dia banyak minum air putih. Memang payah tetapi dia cpt mendengar. nanti lepas ini umi nak tengok kerenahnya lg. umi selalu doakan yg terbaik utk anak umi

Sunday, 11 March 2012

JOM RAMAI-RAMAI JOIN LYNN DEMO KEK CAWAN

jom sama-sama kita join....

SYUKUR...TQ ALLAH

SEMINGGU KITA TAK BERSAMA YA...BUKANNYA APA...KITA PERGI MERIHATKAN DIRI SEKETIKA. tAPI BILA BALIK PENAT JUGA...PENAT BERJALAN. HA HA HA...KITA YANG CARI MASALAH SENDIRI DAN JAWAP LA SENDIRI.

UNTUK SEMUA KAWAN2, KAWAN KITA LYNN HASSAN AKAN MEMBUAT KELAS DEMO CUP CAKES PADA 7 APRIL NI. JOM KITA RAMAI2 JOIN NAK? MURAH JE...SESI 1 PUN RM150 DAN SESI 2 PETANGPUNRM150 GAK... DALAM TENGOK2 TU...ANDA SEMUA BOLEH TANYA APA SAHAJA DEKAT PAKAR KEK NI.. KALAU BERMINAT JOM LA TELEFON MARIA..0133301240:



HARI INI, KITA MACAM NAK TUNJUKAN KEK PELANGI KITA YANG KITA BUAT PERTAMA KALINYA. WARNANYA TAK LA SAMPAI 7 TAPI EMPAT AJE...OK LA TU KAN. JOM KOMEN.

Thursday, 1 March 2012

ALHAMDULLILAH...

Assalam dan selamat pagi semua...Rasa nyaman pagi-pagi ni. Biarpun tidurku semalm sering tenganggu tetapi aku percaya semuanya mainan tidur tetapi bukan kerana terlebih ngopi. Ku berdoa semoga, hari ini aku lebih baik dari semalam dan Tuhan memberikan aku kekuatan dalam apa sahaja rintangan yang datang.
Ada kawan-kawan yang telah menjenguk ke blogku...Tq aku ucapkan. Masih baru dan kerana itulah masih tidak lengkap dan ada sahaja salah dan silapnya. Mungkin juga tidak secantik blog org lain lagi.
Untuk teman-teman yang menyambut hari ulang tahun dalam bebeberapa hari ini, kuucapkan SELAMAT HARI JADI. Jangan takut...semuanya itu sekadar peningkatan nombur sahaja. Kita sama2 berdoa untuk jadi yang terbaik dari tahun sebelumnya. Untuk anak umi...lagi 27 hari sahaja anak umi akan berusia tiga tahun. Umi doakan anak umi akan jadi manusia yg berguna dan baik dunia akhirat. Serta sihat tubuh badan. U selalu berada dalam hati umi.